Book Detail

Dalam Dekapan Ukhuwah
Penulis : Salim A. Fillah

Quick Overview

Dimulakan dengan puisi Berkilaulah, Dalam Dekapan Ukhuwah, terasa buku ini benar-benar dekat dengan hati (walapun baru berada di halaman 7).

Kombinasi kisah-kisah para sahabat, ditambah pula dengan penelitian daripada buku-buku seperti Winning With People - John C. Maxwell, Every Word Has Power - Yvonne Oswald dan sebagainya, diselangi puisi yang mampu membuat diri menutup buku sejenak dan berfikir, bersama dengan buah fikiran serta pengalaman-pengalaman Salim A. Fillah sendiri; memberi 5 bintang sahaja tidak cukup :)

Pada yang pernah membaca buku-buku Salim A. Fillah yang lain, anda akan mendapati terdapat kisah-kisah yang sama diselitkan seperti kisah Abdurrahman bin Auf yang ditawarkan rumah, kebun dan isteri oleh seorang Ansar, pemberontakan pada zaman Khalifah Uthman, namun sudut penceritaannya tetap berbeza. Membaca kisah-kisah terdahulu, secara automatiknya anda akan berasa, Ceteknya pengetahuan. Rupanya banyak lagi sirah-sirah yang belum kita tahu.

Sukar untuk memilih bab mana yang paling saya minati kerana setiap bab sudah tentunya memberi penekanan yang berbeza. Tetapi kisah di sebalik peribadi Sultan Al-Manshur Saifuddin Qalawun yang buat diri rasa sangat terjerut. Rahmat atau musibah, kami hanya bersangka baik kepada Allah.

Ringkasnya, ia bukan sekadar bercerita bagaimana membina hubungan yang baik sesama manusia, bagaimana bertindak berlandaskan personaliti setiap orang mengikut cara Rasulullah SAW, tapi lebih daripada apa yang anda inginkan daripada sebuah buku. Ruqaiyah

Quantity

Shop by

Informasi
  • Cek Pengiriman
  • Tata Cara Belanja
  • Tentang Kami
  • Syarat & Ketentuan
  • Daftar Buku Murah
  • Hubungi Kami
  • Sitemap

Transfer Bank